1. PERBEZAAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) DAN INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)
Nama : Muhammad Ammar Haikal Bin Dzulkaffli No. Matrik : DPH201924025 Halal Assurance System (HAS) 1) Sistem Jaminan Halal adalah sistem pengurusan untuk mengekalkan status halal produk yang telah memperolehi sijil halal. 2) Syarikat atau pemohon Sijil Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) di bawah kategori besar dan sederhana hendaklah membangun dan melaksanakan HAS bagi memenuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia. 3) Eksekutif Halal mestilah dilantik bagi setiap cawangan premis. 4) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi setiap syarikat atau setiap cawangan yang mempunyai pengurusan operasi yang berbeza. 5) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat (4) orang ahli seperti yang berikut : a) Pengerusi. b) Eksekutif Halal. c) Wakil bahagian perolehan atau pembelian. d) ...