5. KEBOLEHKESANAN (TRACEABILITY) DAN PANGGILAN BALIK PRODUK (PRODUCT RECALL).


Disediakan oleh : Muhammad Hanif Bin Khalid
No.Matrik : DPH201924168


APA ITU KEBOLEHKESANAN (TRACEABILITY)?

  Kebolehkesanan atau dikenali sebagai traceability bermaksud  kaedah mengenalpasti atau mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya berlaku perlanggaran. Setiap produk yang dikeluarkan boleh dikesan di semua peringkat pengeluaran makanan, pengedaran dan pembekal bahan mentah. Kaedah ini diwujudkan dalam sistem kerana setiap syarikat perlu bertanggungjawab dalam pengeluaran produk mereka bagi atasi jika berlakunya kerosakan pada produk. Contohnya produk syarikat A bahan mentah yang digunakan itu mempunyai unsur was-was. Manakala syarikat B pula produk yang  dikeluarkan itu banyak yang rosak atau tarikhnya telah tamat tempoh. jadi dengan masalah ini, pihak pengeluar produk dapat bertindak dengan segera untuk menyelesaikan masalah pengeluaran produk dengan cara  mengenalpasti semula produk.

  Kebolehkesanan ini dipertanggungjawabkan kepada pegawai di dalam syarikat pengeluar produk tersebut. Berikut merupakan pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini antaranya ialah pegawai QA/QC dan pegawai pengeluaran. Pegawai-pegawai ini akan melakukan beberapa prosedur dalam kaedah penentuan tanda produk yang dikeluarkan. 

   Kaedah penentuan tanda harga :



  Maklumat dan rekod pengedar/penjual perlu direkodkan. Rekod ini mengandungi maklumat-maklumat termasuklah yang berikut :



  Setelah pegawai itu mengenalpasti kaedah penentuan tanda produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Pegawai tersebuat akan melakukan tindakan mengikut tahap. Terdapat 4 tahap yang dilakukan, antaranya ialah :

  Tahap pertama   : 1)mengenalpasti produk yang terlibat.
                               2)sahkan produk adalah keluaran kilang atau tidak.
                               3)mengasingkan baki produk yang masih dikilang.

  Tahap kedua     : 1)kenalpasti produk terlibat dipasaran samada pembekal atau penjual.
                              2)mengambil tindakan.
                               3)maklum pada pihak berkuasa.

  Tahap ketiga     : 1)kenalpasti punca dikilang (proses).
                              2)ambil tindakan.

  Tahap keempat : 1)jika berpunca dari bahan mentah.
                             2)ambil tindakan.

  Apabila kesemua tahap itu telah dilakukan, pegawai yang bertanggungjawab akan menjalankan verifikasi keatas kaedah kebolehkesanan sekurangnya selama 1 tahun diikuti dengan tindakan pra-ujian atau mock test.

  Kesimpulannya, sebagai syarikat pengeluaran makanan perlu mengambil tahu tentang kebolehkesanan kerana kaedah ini amat penting dalam menghadapi risiko bahaya yang berpunca daripada makanan demi untuk keselamatan pengguna. Kebolehkesanan yang baik akan membantu pengeluar produk makanan mengenalpasti risiko dan punca masalah serta dapat mengesan ke belakang kepada punca untuk mengasingkan masalahdan menghalang produk yang tercemar daripada sampai ke pengguna sepertimana contoh yang telah diberikan  diatas (syarikat A dan B). Kaedah kebolehkesanan ini amat penting kepada pengeluar produk makanan bagi mengurangkan impak buruk kepada perniagaan dengan membolehkan penarikan balik pada makanan yang terlibat sahaja. Di samping itu, pengguna akan mendapat maklumat tepat bagi produk yang bermasalah dan mengurangkan kerugian yang bakal ditanggung.


APA ITU PANGGILAN BALIK PRODUCT (PRODUCT RECALL) ?

  Panggil balik produk (product recall) adalah proses di mana pengilang, pengimport dan pemborong sesuatu produk menarik semula produk mereka yang terdapat di pasaran. Ia disebabkan oleh masalah kualiti produk atau penemuan masalah yang serius yang boleh membahayakan pengguna.

  Keputusan memanggil produk boleh diputuskan oleh pengilang atau pengedar secara sukarela ataupun dengan arahan dari pihak berwajib di Malaysia. Kebiasaanya panggil balik produk ini dilakukan jika tahap masalah produk itu pada tahap serius dan major. Maka pegawai yang bertanggungjawab akan melakukan Mock Recall sekurang-kurangnya sekali setahun.

  Kelas penarikan semula produk.
Panggil balik produk boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada keseriusan risiko Halal dan masalah kualiti yang ditemui :-


   Tahap panggil balik produk.
Tahap-tahap ini dibahagikan kepada tiga bergantung kepada punca masalah, keluasan produk dalam pasaran dan risiko halal yang terlibat :-


  Kesan kepada produk yang ditarik balik.
Rekod dan segala informasi berkaitan penarikan balik produk akan dianalisa oleh pihak yang berwajib. Laporan akan dibentangkan kepada jawatankuasa khas dan keputusan terhadap produk yang ditarik balik akan dikeluarkan. Selepas itu, produk akan dilupuskan sekiranya mendatangkan risiko halal terhadap pengguna, keselamatan atau kualiti produk. 

  Kesimpulannya, panggilan balik produk (product recall) ini menunjukkan keseriusan dan komitmen Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memantau dan memastikan produk makanan yang dikeluarkan oleh pengeluar syarikat dalam pasaran menepati standard kualiti yang ditetapkan. Setiap pengeluaran produk makanan perlu mempunyai kualiti dan selamat digunakan bagi kepentingan keselamatan pengguna diutamakan.



   

Comments

Popular posts from this blog

3. KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)

2. KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT SKIM