3. KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)
Nama: Muhammad Amirulhafiq Bin Nordin No. Matrik: Dph201924194 |
Objektif kawalan bahan mentah ialah memastikan proses pembelia, pembelian dan penyimpanan bahan mentah memenuhi keperluan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Semua proses tersebut dibri tanggungjawab masing-masing seperti proses pembelian dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Bahagian Pembelian (Puchasing Officer), proses penerimaan pula dipertanggungjawab kepada Pegawai
Bahagian Penerimaaan (Receiving Officer) dan proses penyimpanan dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Bahagian Penyimpanan ( Warehousing Officer). Semua proses perlualah mengikut prosedur yang telah ditetapkan, berikut merupakan prosedur yang ditetapkan:
PEMBELIAN BAHAN MENTAH
1. memastikan pembelian bahan mentah adalah selaras dengan
senarai pembekal yang diluluskan oleh JKHD.
2. memastikan bahan mentah yang dibeli mempunyai salinan sijil
halal yang diiktiraf yang masih sah tempoh dan dokumen sokongan yang berkaitan seperti Carta alir/ sumber bahan
mentah/ MSDS/ CoA dan borang soal selidik.
3. memastikan sebarang perubahan pembelian / pertukaran bahan
mentah dimaklumkan kepada JKHD dan pihak berkuasa
berwibawa.
4. rekod pembelian hendaklah disimpan dengan sistematik (invois/
resit/ DO/ PO).
5. memaklumkan kepada JKHD untuk sebarang isu yang berkaitan
dengan halal.
6. menjalankan pemantauan terhadap HCP serta melakukan
tindakan pembetulan jika berlaku ketidakakuran.
PENERIMAAN BAHAN MENTAH
1. memastikan penerimaan bahan mentah adalah selaras dengan
senarai pembekal yang diluluskan oleh JKHD.
2. memastikan penerimaan bahan mentah disertai dengan salinan
sijil halal yang diiktiraf serta masih sah tempoh dan dokumen
sokongan yang berkaitan seperti carta alir/ sumber bahan
mentah/ MSDS/ CoA dan borang soal selidik.
3. memastikan sebarang perubahan bahan mentah dimaklumkan
kepada pihak berkuasa berwibawa.
4. memaklumkan kepada JKHD untuk sebarang isu yang berkaitan
dengan halal.
5. menjalankan pemantauan HCP dan melakukan tindakan
pembetulan jika berlaku ketidakakuran.
6. memastikan maklumat pembungkusan bahan mentah yang
diterima dapat dikenal pasti pengeluar sebenar dan status halal.
7. rekod penerimaan hendaklah disimpan untuk tujuan
kebolehkesanan.
8. mengendalikan barangan masuk mengikut SOP yang ditetapkan.
9. memastikan barangan tercemar atau yang tidak memenuhi
spesifikasi pembekal dikuarantinkan dan mengeluarkan nota
pemulangan atau borang penghapusan (Return Note/ Disposal
Form).
PENYIMPANAN BAHAN MENTAH
1. memaklumkan kepada JKHD untuk sebarang isu yang berkaitan
dengan halal.
2. menjalankan pemantauan terhadap HCP dan melakukan tindakan
pembetulan jika berlaku ketidakakuran.
3. memastikan maklumat pembungkusan bahan mentah yang
diterima dapat dikenal pasti pengeluar sebenar dan status halal.
4. mengendalikan barangan yang disimpan mengikut SOP yang
ditetapkan dan mengikut amalan penyimpanan yang baik.
5. memastikan barangan tercemar atau yang tidak memenuhi
spesifikasi pembekal dikuarantinkan dan mengeluarkan nota
pemulangan atau borang penghapusan (Return Note/ Disposal
Form).
6. rekod penyimpanan hendaklah disimpan untuk tujuan
kebolehkesanan.
Comments
Post a Comment