1. PERBEZAAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) DAN INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)





Nama : Muhammad Ammar Haikal Bin Dzulkaffli
No. Matrik : DPH201924025














 Halal Assurance System (HAS)

1) Sistem Jaminan Halal adalah sistem pengurusan untuk mengekalkan status halal produk yang telah memperolehi sijil halal.

2) Syarikat atau pemohon Sijil Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) di bawah kategori besar dan sederhana hendaklah membangun dan melaksanakan HAS bagi memenuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia.

3) Eksekutif Halal mestilah dilantik bagi setiap cawangan premis.

4) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi setiap syarikat atau setiap cawangan yang mempunyai pengurusan operasi yang berbeza.

5) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat (4) orang ahli seperti yang berikut :

a)        Pengerusi.

b)        Eksekutif Halal.

c)        Wakil bahagian perolehan atau pembelian.

d)        Wakil bahagian pemprosesan atau operasi.

6) Manual MHMS 2020 hendaklah dirujuk bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pelaksanaan berdasarkan elemen-elemen HAS yang telah ditetapkan.



Internal Halal Control System (IHCS)

1) Sistem Kawalan Halal Dalaman adalah untuk mewujudkan sistem pengeluaran yang mematuhi kehendak syariah dan mencegah pencemaran dari sumber haram serta najis.

2) Syarikat atau pemohon SPHM di bawah kategori kecil dan mikro hendaklah membangunkan dan melaksanakan IHCS bagi memenuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia.

3) Pembangunan dan pelaksanaan IHCS hendaklah memenuhi elemen seperti berikut :

a)        Polisi halal :

     Difahami dan disebarkan kepada semua pihak yang berkaitan.

b)        Prosedur kawalan bahan mentah atau pelanggan :

i.          Mampu menerangkan proses penentuan bahan mentah, pembekal atau pelanggan.

ii.        Menjelaskan proses kerja secara tepat sepertimana yang diamalkan.

iii.      Direkod, didokumenkan serta boleh disemak semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.

c)        Prosedur kebolehkesanan.

i. Mampu menerangkan proses pengesanan semula bahan mentah, pembekal, pelanggan dan produk siap.

ii. Menjelaskan proses kerja secara tepat sepertimana yang diamalkan.

iii. Direkod, didokumenkan serta ia boleh disemak semasa pengauditan atau pemantauan Pensijilan Halal Malaysia.

Manual MHMS 2020 hendaklah dirujuk bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pelaksanaan berdasarkan elemen-elemen IHCS yang telah ditetapkan

Comments

Popular posts from this blog

5. KEBOLEHKESANAN (TRACEABILITY) DAN PANGGILAN BALIK PRODUK (PRODUCT RECALL).

3. KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)

2. KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT SKIM