Posts

1. PERBEZAAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) DAN INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)

Image
Nama : Muhammad Ammar Haikal Bin Dzulkaffli No. Matrik : DPH201924025   Halal Assurance System (HAS) 1) Sistem Jaminan Halal adalah sistem pengurusan untuk mengekalkan status halal produk yang telah memperolehi sijil halal. 2) Syarikat atau pemohon Sijil Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) di bawah kategori besar dan sederhana hendaklah membangun dan melaksanakan HAS bagi memenuhi keperluan khusus dalam Pensijilan Halal Malaysia. 3) Eksekutif Halal mestilah dilantik bagi setiap cawangan premis. 4) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah ditubuhkan bagi setiap syarikat atau setiap cawangan yang mempunyai pengurusan operasi yang berbeza. 5) Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat (4) orang ahli seperti yang berikut : a)         Pengerusi. b)         Eksekutif Halal. c)         Wakil bahagian perolehan atau pembelian. d)  ...

2. KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT SKIM

Image
Nama: Muhammad Nabil Bin Roslan No. Matrik: Dph201924169 Setiap pihak syarikat atau pemohon hendaklah mematuhi dan melaksanakan keperluan khusus HAS dan IHCS bagi Skim Pensijilan Halal Malaysia seperti: 1. Produk makanan&minuman,kosmetik,farmaseutikal,barang gunaan dan peranti perubatan i)Industri Besar dan Sederhana - Melibatkan wakil Bahagian R&D sebagai ahli JKHD - Mewujudkan carta alir bagi setiap aliran pemprosesan produk yang berbeza - Melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis ii)Industri Kecil dan Mikro - Mewujudkan polisi halal - Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah - Membangunkan prosedur kebolehkesanan   2. Premis Makanan i) Hotel •  Melibatkan F&B Manager atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD • Melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis ii) Katering / Khidmat Penyajian Makanan / Dapur Pusat Konvensyen iii) Kafeteria (Pengurusan Secara Berpusat) • Melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan • Menyediakan dokumen HAS sew...

3. KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)

Image
Nama: Muhammad Amirulhafiq Bin Nordin No. Matrik: Dph201924194         Objektif kawalan bahan mentah ialah memastikan proses pembelia, pembelian dan penyimpanan bahan mentah memenuhi keperluan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Semua proses tersebut dibri tanggungjawab masing-masing seperti proses pembelian dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Bahagian Pembelian (Puchasing Officer), proses penerimaan pula dipertanggungjawab kepada Pegawai Bahagian Penerimaaan (Receiving Officer) dan proses penyimpanan dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Bahagian Penyimpanan ( Warehousing Officer). Semua proses perlualah mengikut prosedur yang telah ditetapkan, berikut merupakan prosedur yang ditetapkan:    PEMBELIAN BAHAN MENTAH 1.      memastikan pembelian bahan mentah adalah selaras dengan senarai pembekal yang diluluskan oleh JKHD. 2.      memastikan bahan mentah yang dibeli mempunyai salinan sijil halal yang diiktiraf yang masih sah tempo...

4. PERBEZAAN LANGKAH KAWALAN (CONTROL MEASUREA)DAN TINDAKAN PEMBETULAN (CORRECTIVE ACTION)

Image
                     Nama : Muhammad Iqbal Daniel Bin Norhisyam No. Matrik : DPH201923975   A ntara kepentingan sistem kebolehkesanan (traceability) dan bagaimanakah pihak syarikat memastikan sistem kebolehkesanan itu dilaksanakan dengan berkesan? ,  sistem kebolahkesanan menjadi isu yang sangat  penting dalam sesebuat premis syarikat ia menjadi satu elemen penting sebuah syarikat. Jadi tracebility ini  juga  perlu  dis ediakan SOP supaya jika ada sesuatu yang berlaku pada masa yang akan datang  pihak company dapat melihat jika  ada date line untuk di ikuti  serta  pihak company  tak nak benda itu berlaku dulu baru  mereka  melakukanya ,mereka juga  berfikir cara untuk mengelakkan berlakunya pencemaran bahan. Tracebility adalah sesuatu proses yang penting supaya  p i hak company  dapat  mengesan  sekiranya berlaku sebarang aduan atau masalah. K...

5. KEBOLEHKESANAN (TRACEABILITY) DAN PANGGILAN BALIK PRODUK (PRODUCT RECALL).

Image
Disediakan oleh : Muhammad Hanif Bin Khalid No.Matrik : DPH201924168 APA ITU KEBOLEHKESANAN (TRACEABILITY)?   Kebolehkesanan atau dikenali sebagai traceability bermaksud  kaedah mengenalpasti atau mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya berlaku perlanggaran. Setiap produk yang dikeluarkan boleh dikesan di semua peringkat pengeluaran makanan, pengedaran dan pembekal bahan mentah. Kaedah ini diwujudkan dalam sistem kerana setiap syarikat perlu bertanggungjawab dalam pengeluaran produk mereka bagi atasi jika berlakunya kerosakan pada produk. Contohnya produk syarikat A bahan mentah yang digunakan itu mempunyai unsur was-was. Manakala syarikat B pula produk yang  dikeluarkan itu banyak yang rosak atau tarikhnya telah tamat tempoh. jadi dengan masalah ini, pihak pengeluar produk dapat bertindak dengan segera untuk menyelesaikan masalah pengeluaran produk dengan cara  mengenalpasti semula produk.   Kebolehkesanan ini dipertanggungjawabkan kepada pegawai di dal...